KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan.

Pada Rabu, angka itu naik kepada 0.89 berbanding 0.88 hari sebelumnya.

10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Dua negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Melaka dan Putrajaya.

Ini diikuti Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan lima kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.