KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Ahad meningkat sedikit kepada 0.87.

Peningkatan ini selepas empat hari berturut-turut negara mencatatkan R-naught 0.86 sebelum ini.

Dalam infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.05.

ini diikuti Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur serta Kedah.

Sementara itu, Selangor, Perak, Sabah, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.


Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.