KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 0.88 pada Ahad berbanding 0.87 hari sebelumnya.

Namun, tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.00.

Ini diikuti Putrajaya, Melaka, Selangor, Sabah, Kedah dan Johor.

Seterusnya, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sarawak dan Perlis catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan tujuh kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.