COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, Pahang dan Putrajaya tertinggi

Astro Awani
September 26, 2021 00:14 MYT
Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan.
Pada Sabtu angka itu naik kepada 0.91 berbanding 0.90 hari sebelumnya.
Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya dan Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan masing-masing mencatatkan 1.02.
Ini diikuti Terengganu, Kelantan, Perak, Sarawak, Johor dan Perlis.
Sementara itu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Kedah dan Luala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan mencatatkan lima kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Putrajaya