NILAI kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan.

Pada Khamis, angka itu naik kepada 0.90 berbanding 0.89 hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Satu negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Putrajaya.

Ini diikuti Pahang, Perlis, Melaka, Kelantan, Terengganu, Perak, Sarawak dan Johor.

Sementara itu, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan satu kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.