COVID-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun, Sarawak tertinggi

Astro Awani
September 12, 2021 22:00 MYT
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali catat penurunan.
Pada Ahad ia direkodkan pada 0.98 berbanding 0.99 berbanding hari sebelumnya.
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.18, diikuti Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan.
Sementara itu, Melaka, Kedah, Sabah, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 3 kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Sarawak