COVID-19: Kerajaan Denmark didesak gali semula jutaan bangkai mink ditanam tepi tasik

Astro Awani
November 27, 2020 23:53 MYT
Antara bangkai mink yang dibawa untuk ditanam susulan jangkitan COVID-19 yang dikaitkan dengan spesies itu. -Gambar fail
COPENHAGEN: Pihak pembangkang Denmark menggesa supaya kerajaan menggali keluar dan membakar jutaan bangkai mink yang telah ditanam sebelum ini.
Ia susulan tindakan kerajaan memusnahkan dan menanam bangkai haiwan itu berhampiran tasik serta sumber air minum yang dipercayai mencemarkan bekalan air bersih di situ.
Setakat ini, sekitar 11 juta mink telah dihapuskan.
Kerajaan turut mengaku kesilapan atas langkah tersebut yang diambil secara tergesa-gesa.
Pada awal November, perdana menteri Mette Frederiksen umum akan memusnahkan 15 juta mink selepas menemui mutasi COVID-19 dalam haiwan tersebut.
Langkah tersebut bagaimanapun dipertikai kerana didakwa tidak mempunyai asas undang-undang.
Susulan itu, Menteri Pertanian Denmark meletak jawatan.
Denmark merupakan negara pengeksport bulu mink terbesar dunia.
#Mette Frederiksen #15 juta mink dimusnahkan #Menteri Pertanian Denmark #COVID-19 #bangkai mink #sumber air minum #pengeksport bulu mink