COVID-19: Kes baharu meningkat kepada 5,446, 28 kematian - Dr Noor Hisham

Firdaus Azil
Disember 9, 2021 08:22 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu harian COVID-19 terus meningkat, apabila sebanyak 5,446 lagi kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes.

Pada 9 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,446 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/2khzkW2EDs

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, berdasarkan kemas kini di portal COVIDNOW dalam setakat 12 tengah malam semalam, 28 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,746 orang, daripada 2.67 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal tersebut, empat daripada 28 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
#COVID-19 #KP Kesihatan #kes baharu #Dr Noor Hisham Abdullah