PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 tertinggi pada hari ini. Pada masa sama, terdapat pertambahan empat lagi kematian akibat COVID-19 serta 13 kluster baharu dilaporkan. 

Berikut lima tumpuan sidang media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah: 

1. 2,593 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia 125,438 kes.

2. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 965  kes.

3. Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,129 kes.

4. Empat lagi kes kematian COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 513 kes.

5. 13 lagi kluster baharu dikenal pasti.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 6 Jan 2021