KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 yang direkodkan bagi Minggu Epidemiologi ke-38 (ME 38/2022) iaitu dari 18 hingga 24 Sept menurun kepada 12,963 daripada 13,627 kes dicatatkan pada ME 37/2022 dari 11 hingga 17 Sept.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penurunan dicatatkan adalah sebanyak 4.9 peratus.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 38/2022 ialah 25,325 iaitu terdapat penurunan empat peratus berbanding minggu sebelumnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, bilangan kes tempatan pada ME 38/2022 menurun 4.8 peratus kepada 12,934 kes daripada 13,585 kes pada ME 37/2022.
Kes import COVID-19 pada ME 38/2022 pula mencatatkan penurunan 31 peratus kepada 29 kes berbanding 42 kes pada ME 37/2022, katanya.
Beliau berkata bilangan kes sembuh pada ME 38/2022 menurun 5.8 peratus kepada 13,677 kes daripada 14,513 kes pada ME 37/2022 manakala kes kematian pada ME 38/2022 meningkat sebanyak 29 peratus (31 kes kepada 40 kes).
Menurut beliau, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi bagi semua kategori menurun pada ME 38/2022 berbanding ME 37/2022.
"Pesakit kategori satu dan dua menurun 7.1 peratus manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun 11.5 peratus," katanya.
Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata kes-kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan peningkatan dari segi bilangan kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah iaitu 102 peratus.
Beliau berkata berdasarkan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 37/2022 dan ME 38/2022, bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun 0.5 peratus manakala kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital tidak berubah bagi kedua-dua tempoh.
Kata Dr Noor Hisham, dari 25 Jan 2020 hingga 24 Sept lepas, kumulatif kes baharu COVID-19 yang dicatatkan negara ialah sebanyak 4,830,214 kes.
Dalam tempoh sama, kumulatif kes sembuh COVID-19 ialah sebanyak 4,768,604 kes manakala kumulatif kes kematian berjumlah 36,348 kes dan kumulatif kluster ialah 7,079 dengan 14 kluster masih aktif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata kes-kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan peningkatan dari segi bilangan kes baharu. - BERNAMA
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.