JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 141 juta.

Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 141.01 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.6 juta kes.

Angka itu diikuti India sebanyak 14.7 juta kes, manakala Brazil dengan 13.9 juta kes.

Russia, United Kingdom dan Turki pula adalah tiga negara dengan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol, Jerman dan Itali melebihi tiga juta kes.

Sementara itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini pula sudah melebihi 3 juta kes.

Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 567,180, diikuti Brazil dengan 371,678 kes, manakala Mexico dan India masing-masing dengan 212,228 dan 177,150 kes.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 127,518 dan 116,927 kematian.