COVID-19: Kes kematian meningkat 22.4 peratus, jangkitan naik 0.8 peratus

Hafizi Rosli
Ogos 8, 2022 03:50 MYT
Terdapat 60 kes kematian pada ME ke 31/2022, meningkat 22.4 peratus berbanding 49 pada ME sebelumnya. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bilangan kes kematian pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 31/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus, kepada 60 kes, berbanding 49 pada ME sebelumnya.
Pada masa sama, bilangan kes jangkitan baharu meningkat sebanyak 0.8 peratus, kepada 28,554, pada ME 31/2022, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend kes aktif harian COVID-19 mencatatkan peningkatan 2.2 peratus kepada 66,182 berbanding minggu sebelumnya.
Dalam pada itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 31/2022 tidak mencatat sebarang perubahan berbanding minggu sebelumnya.
Ini termasuk peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 yang juga tidak berubah dan kekal pada 14 peratus.
Namun, penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 2 peratus manakala katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menurun sebanyak dua peratus.
Ketika ini, 24 kluster dilaporkan masih aktif.

Kenyataan Media KPK 8 Ogos 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 30 (31 Julai 6 Ogos 2022) https://t.co/xHxPepkjwE

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kematian #kes aktif