Kes positif jangkitan wabak COVID-19 di Sabah meningkat kepada 57 kes, pada Isnin.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan perkara itu melalui telegram rasmi agensi terbabit.

Berdasarkan statistik terbabit, Sabah kini berada di tangga ketiga mencatat kes tertinggi di negara ini.

Ia juga memperlihatkan peningkatan sebanyak lapan kes sehingga hari ini berbanding Ahad, sebanyak 49 kes.

BACA: COVID-19: 125 kes positif baharu dikesan, 95 berkait kluster tabligh - Dr Adham

Sementara itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam status Facebooknya turut memuat naik statistik positif COVID-19 yang terkini.

Menurut statistik itu, Lahad Datu mencatatkan kes tertinggi iaitu 15 kes diikuti Tawau dengan 11 kes.

Sementara itu, Kota Kinabalu mencatat sembilan kes, Kinabatangan lima kes, Sandakan dan Tuaran empat kes.

Manakala daerah selebihnya dua atau satu kes.