JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 43 juta.

Ini berikutan lebih 430,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 42.88 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 8.63 juta kes jangkitan.

Ini diikuti india dengan 7.86 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.38 juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Rusia (1,503,653), Perancis (1,130,081), Argentina (1,081,336), Sepanyol (1,046,132) dan Columbia (1,007,711) pula melepasi satu juta kes. 

Sementara itu, Mexico (886,800 ), Peru (886,214), United Kingdom (876,840), Afrika Selatan (715,868) dan Iran (568,896), Italy (525,782) dan Chile (502,063) melepasi angka setengah juta kes.

Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8.63 juta kes jangkitan.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Iraq (451,707), Jerman (437,083), Bangladesh (398,815), Indonesia (389,712), Filipina (370,028), Turki (361,801), Ukraine (353,723), Arab Saudi (344,875), Pakistan (327,895) dan Israel (309,413) dan Belgium (305,409)

Negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 pula ialah Magribi (197,481), Ecuador (161,635), Nepal (158,089), Bolivia (140,779), Qatar (131,170), Panama (128,515), Emiriah Arab Bersatu (125,123), Republik Dominican (124,527), Kuwait (121,635) dan Oman (112,932).

Sweden (110,594), Kazakstan (110,402), Mesir (106,397), Guatemala (104,632), Switzerland (103,653) dan Costa Rica (103,088) juga berada dalam kelompok sama.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.