JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19  global kini melebihi 137.84 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 13.87 juta dan 13.59 juta kes.

Negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis manakala Rusia dan United Kingdom merekodkan lebih 4 juta kes.

Sementara Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi tiga juta kes.

Poland, Colombia, Argentina, Mexico dan Iran mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Indonesia, Afrika Selatan dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belgium, Filipina, Sweden, Israel dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes.