JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 178.9 juta.

Ini berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.56 juta kes.

Ini diikuti India dengan 29.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 17.9 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan kes melepasi 2 juta.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.36 juta, dan Malaysia dengan lebih 700,000 kes.

Manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 200,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.876 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 602,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 502,000 kes; India lebih 389,000 kes; dan Mexico lebih 231,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 54,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 23,000 diikuti Malaysia.

Singapura mencatat satu kes kematian baharu menjadikan jumlah kematian sebanyak 35 kes.