COVID-19: Kini 11 kes Kluster Bukit Bintang, ini fakta yang anda perlu tahu

Harits Asyraf Hasnan
Julai 2, 2020 10:00 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kes baharu menyumbang kepada peningkatan kes bagi Kluster Bukit Bintang. - Foto REUTERS
Selepas merekodkan kes baharu terendah semalam, iaitu hanya satu kes, namun terdapat peningkatan kepada tiga kes hari ini.
Dalam satu kenyataan media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kes baharu menyumbang kepada peningkatan kes bagi Kluster Bukit Bintang.
Ini lima fakta penting yang perlu anda tahu:
1) Tiga kes baharu dilaporkan hari ini, 2 Julai 2020.
2) Satu kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.
3) Dua kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia.
4) Satu kes baharu Kluster Bukit Bintang, kini jangkiti 11 individu termasuk seorang warganegara Malaysia.
5) Satu kes baharu di Sabah, saringan kes baharu masuk ke lokap di Kota Kinabalu.
#Bukit Bintang #COVID19 #Dr Noor Hisham Abdullah #fakta kesihatan #kesihatan