KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), memandangkan kemudahan kesihatan sedia ada, mencukupi untuk merawat kes positif COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika ini KKM menggunakan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh bagi merawat kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan di Selangor.
"Kita ada 466 katil yang telah kita khaskan untuk pesakit bergejala ringan dan tidak bergejala. Sekiranya keperluan itu ada, contohnya peningkatan kes di Selangor dan kes yang discaj kurang, jadi kita mungkin akan melihat kepada membina hospital sementara di MAEPS.
"Tapi sekarang ini, kita belum ada perancangan tersebut sebab kita masih berkemampuan untuk merawat kes tersebut. Kalau kita bersetuju untuk membina hospital sementara itu, kita hanya memakan masa tiga atau empat hari.
"Itulah pengalaman yang membantu KKM untuk kenal pasti lokasi yang boleh diguna pakai sebagai pusat kuarantin risiko rendah di Selangor," katanya dalam sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19 yang disiarkan melalui Facebook KKM pada Khamis.
Sehingga kini, Selangor mencatatkan sebanyak 2,964 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 termasuk 150 kes baharu hari ini serta sembilan kluster yang masih aktif.
Kluster terlibat adalah Utama, Bah Manggis, Tasik, Simera, Bah Tropicana, Sungei Way, Jalan Meru, Bah Kasturi dan Kencana.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 15 2020
KKM menggunakan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh bagi merawat kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan di Selangor. - Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Banjir: Terengganu sediakan hospital sementara di setiap daerah
Ia bagi memudahkan mangsa banjir di PPS yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal.
COVID-19: Buka hospital sementara rawat pesakit kategori 3 - Tun Mahathir
Hospital sementara tersebut disarankan untuk memberi bekalan oksigen dengan pemantauan oleh beberapa doktor dan jururawat.
Maybank sumbang RM14 juta naik taraf dua hospital COVID-19
Sumbangan bagi menyediakan peralatan dan tenaga kerja kritikal di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, bermula minggu keempat bulan ini.
COVID-19: KKM belum cadang bangunkan hospital sementara di MAEPS
Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di MAEPS.
604 individu dapat jangkitan dari Sabah mungkin bawa mutasi D614G - KP Kesihatan
Sebanyak 604 individu daripada 23 kluster baharu yang mendapat jangkitan COVID-19 dari Sabah berkemungkinan membawa mutasi jenis D614G.
Bosnia bina hospital sementara susulan lonjakan kes COVID-19
Menteri Pembangunan Sarajevo Faruk Kapidzic pada Sabtu memaklumkan bahawa kemudahan itu akan berfungsi dengan segera.
COVID-19: India rekod 37,140 kes baharu dalam masa 24 jam
Pada Selasa, Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, 587 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian meningkat kepada 28,084.
COVID-19: Sarawak bersiap sedia termasuk bina hospital sementara di Kuching
Kerajaan negeri Sarawak bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk membina sebuah hospital sementara untuk pesakit COVID-19 sekiranya situasi penularan wabak ini menjadi lebih serius.
China buka 'hospital segera' susulan peningkatan kes import dari Rusia
Hospital sementara itu diubah suai daripada sebuah bangunan pejabat yang dijangka siap sepenuhnya esok.
Putera Charles rasmikan hospital sementara, mampu merawat 4,000 pesakit COVID-19
Putera Charles merasmikan Hospital Nightingale, sebuah hospital sementara yang berjaya dibina dalam masa sembilan hari di sebuah pusat pameran terbesar di timur London.