COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes

Hilmi Malik
Ogos 17, 2021 12:58 MYT
Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kes melibatkan varian VOI dan VOC kini adalah 710 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, kesemua kes varian membimbangkan (VOC) berkenaan merupakan hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Beliau berkata, dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif kes VOC dan varian perlu diberi perhatian (VOI) kini sebanyak 710 kes.
"Daripada jumlah yang dikesan itu, 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
"Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
COVID-19 | Sarawak catat kes Varian Delta tertinggi
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #Varian Delta #varian baharu #VOI #VOC