Kementerian Kesihatan mensasarkan untuk melakukan saringan COVID-19 ke atas sejumlah 8 ribu 616 pelajar tahfiz.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,736 pelajar telah berjaya disaring setakat ini.

"Sasaran kita selepas (sasaran) tabligh, ialah pelajar-pelajar Tahfiz. Setakat ini kita dapat maklumat iaitu ada 8,616 pelajar tahfiz dan setakat ini kita sudah saring 1,736 pelajar di madrasah.

Hasil saringan dilakukan 217 pelajar tahfiz didapati positif COVID-19.

"Mereka yang ada di madrasah kita sudah saring, tetapi kebanyakan mereka pun sudah pulang ke rumah sebelum PKP. Kes yang positif ialah 217 kes, lebih kurang 10 peratus. Saringan untuk jemaah tabligh lebih kurang 8 peratus.

"Jadi kalau saringan kontak rapat dilakukan, jika ada kontak yang positif, dan kita saring keluarganya, jadi kadar peratusannya adalah 31 peratus," tambahnya.