COVID-19: Kluster Jalan Masjid antara 9 kluster baharu dikenal pasti

Astro Awani
Januari 19, 2021 10:51 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 364 kluster. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 364 kluster.
Ia termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Inten dan Kluster Jambatan B.
Berikut senarai sembilan kluster baharu yang dikenal pasti hari ini:
1. KLUSTER PENJARA JALAN SUNGAI JELOK
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar di Penjara Wanita Kajang di Jalan Sungai Jelok, Kajang, Selangor.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 439 individu telah disaring, di mana 217 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN MASJID
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat tekstil di Jalan Masjid India, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN TARUKA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang di Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru .
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TAMAN SAYONG PINANG
Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128014) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.
Kluster ini melibatkan sebuah majlis perjumpaan keluarga yang terletak di Taman Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SRI GADING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154009) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah kilang tekstil yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Johor.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER RAKUT
Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144279) telah dilaporkan positif COVID19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.
Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Sungai Rakut, Jalan Kampung Bakam, Miri, Sarawak.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER KUPANG
Kluster ini melibatkan daerah Baling di Kedah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154612) telah dilaporkan positif COVID19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes berlaku dalam kluster ini iaitu di Mukim Kupang, Baling.
Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER KEBOR AIR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, dan Dungun di Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-155009) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.
Kluster ini melibatkan dua institusi pengajian awam di Kuala Terengganu.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti rumah kes indeks di Kampung Kebor Air, Manir, Kuala Terengganu.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 264 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER RANTAU CEMPAKA
Kluster ini melibatkan daerah Maran di Pahang dan daerah Hulu Langat di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke132010) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021
hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan perhimpunan keluarga di Kampung Felda Cempaka Jengka 2, Pahang.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
#Kluster baharu #COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #kluster penjara jalan sungai jelok #kluster jalan masjid #kluster jalan taruka #kluster Taman Sayong Pinang #Kluster Sri Gading #kluster rakut #kluster kupang #kluster kebor air #kluster rantau cempaka