KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti lapan lagi kluster baharu COVID-19 pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau KKM adalah sebanyak 459 kluster.
Dr Noor Hisham berkata lapan kluster baharu yang dikenal pasti ialah Kluster Pasar Baru, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Residen, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View, Kluster Paginatan, Kluster Tampoi Jaya dan Kluster Rapat.
Berikut perincian bagi setiap kluster:
1. KLUSTER PASAR BARU
- Melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-85,580) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember
- 2,001 individu disaring, 309 kes positif dikesan
2. KLUSTER BUKIT NAGA
- Melibatkan daerah Klang di Selangor
- Kes-kes dilaporkan positif COVID-19 bermula 13 Disember
- 190 individu disaring, 58 kes positif dikesan
3.KLUSTER TAPAK BINA RESIDEN
- Melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 22 Disember
- 640 individu disaring, 294 kes positif dikesan
4. KLUSTER TAPAK BINA KASIH
- Melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 22 Disember
- 392 individu disaring, 43 kes positif dikesan
5. KLUSTER TAPAK BINA SINAR VIEW
- Melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember
- 510 individu disaring, 32 kes positif dikesan
6. KLUSTER PAGINATAN
- Melibatkan daerah Ranau, Papar, dan Kota Belud di Sabah
- Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-85,057) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember
- 232 individu disaring, 47 kes positif dikesan
7. KLUSTER TAMPOI JAYA
- Melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88,947) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember
- 231 individu disaring, 32 kes positif dikesan
8. KLUSTER RAPAT
- Melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87,874) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember
- 146 individu disaring, tujuh kes positif dikesan
Isabelle Leong
Tue Dec 22 2020
Lapan kluster baharu yang dikenal pasti ialah Kluster Pasar Baru, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Residen, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View, Kluster Paginatan, Kluster Tampoi Jaya dan Kluster Rapat. - Gambar fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu
73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.
42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.
COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.
Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.
Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.
COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.
PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.