KUALA LUMPUR:Sebanyak 732 kes baharu telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,957 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Dalam pada itu, terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan COVID-19.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 199 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan lapan lagi kluster baharu, sekali gus menjadi jumlah kluster tertinggi yang dicatatkan dalam satu hari.
Berikut merupakan perincian kluster yang dilaporkan:
1) KLUSTER BASUNG
Kluster baharu ini melibatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.
Sebanyak 19 kes dikenal pasti positif COVID-19 dalam kluster ini melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana:
• 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 148 individu negatif; dan 197 22759 Sabah Lelaki WN 55 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi dan kencing manis 198 22760 Sabah Lelaki BWN 27 Hospital Duchess of Kent - 199 22943 WP Labuan Lelaki WN 46 Hospital Labuan Penyakit darah tinggi
• 7 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER INAI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Ehsan, Kota Belud.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana:
• Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
• 84 masih menunggu keputusan saringan.
3) KLUSTER TEMPAYAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11619) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:
• 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
• Satu (1) individu negatif; dan
• Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
4) KLUSTER LONG
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16746) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 301 individu telah disaring, di mana:
• 18 kes dikesan positif COVID-19;
• 260 individu negatif; dan
• 23 individu menunggu keputusan.
5) KLUSTER CAHAYA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor dan daerah Tampin di Negeri Sembilan.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana:
• 18 kes dikesan positif COVID-19;
• 3 individu negatif; dan
• 63 individu masih menunggu keputusan.
6) KLUSTER BAH KOTA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17988) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana:
• 10 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 161 individu masih menunggu keputusan.
7) KLUSTER MELATI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Klang di negeri Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18002) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:
• Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
• 15 individu individu masih menunggu keputusan.
8) KLUSTER BINA LABUAN
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22943) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Labuan.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana:
• Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
• 55 individu masih menunggu keputusan.
Faris Danial Razi
Wed Oct 21 2020
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. - Bernama
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu
73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.
42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.
COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.
Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.
Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.
COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.
PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.