KORBAN akibat COVID-19 terus meningkat.

Menurut statistik terkini Johns Hopkins University, angka kematian di seluruh dunia kini melepasi 1.48 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 272,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 173,000 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 138,000 dan 106,000 kematian.

Sementara itu, United Kingdom, Itali dan Perancis merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kematian ialah Iran dan Sepanyol.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban bawah 21,000 kes.