COVID-19: KPT akan kaji mekanisme bawa pelajar IPT pulang - Noraini Ahmad

Afiezy Azaman
April 10, 2020 12:30 MYT
Menurut Noraini, perkara itu akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai COVID-19 esok (Sabtu). - Gambar fail
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing.
Menteri KPT, Datuk Noraini Ahmad berkata, perkara itu akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai COVID-19 esok (Sabtu).
"Susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama Kementerian sebentar tadi meneruskan perbincangan dan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yg masih berada di kampus ke rumah masing-masing.
"Sebaiknya, saya mahu pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat," katanya pada di laman media sosial Twitter, pada Jumaat.

Susulan pengumuman yang dibuat YAB Perdana Menteri mengenai lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama Kementerian sebentar tadi meneruskan perbincangan & meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yg masih berada di kampus ke rumah masing-masing

— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) April 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, beberapa laporan media melaporkan terdapat segelintir pelajar dan juga ibu-bapa yang memohon agar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khasnya pada Jumaat berkata, Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga akan dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April.
#COVID-19 #IPT #Kementerian Pengajian Tinggi #KPT #Muhyiddin Yassin #noraini ahmad #pelajar IPT #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan