Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) diberi tanggungjawab untuk menjaga serta mengurus hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang dari Itali dan Iran susulan penularan COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata peranan yang akan diambil melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah menyediakan keperluan asas seperti makan, minum, pakaian, peralatan harian dan keperluan lain serta mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka yang menjalani pengawasan.
"JKM juga akan menyelaras sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan individu mengikut keperluan serta menguruskan aduan berkaitan keperluan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling, jika diperlukan, kepada keluarga," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan dalam proses membawa pulang 65 rakyat Malaysia yang berada di Iran dan 323 di Itali berikutan situasi penularan COVID-19 yang semakin teruk di kedua-dua negara.
Rina berkata JKM akan menyediakan petugas yang mencukupi, termasuk pasukan dalam misi pengawasan rakyat Malaysia dari Wuhan sebelum ini, bagi membantu urusan dan keperluan harian mereka yang bakal dibawa pulang selama tempoh kuarantin.
"Dalam hal ini, KWK sangat prihatin terhadap kebajikan mereka dan berhasrat memberikan insentif khas kepada petugas ini sebagai apresiasi kementerian terhadap sumbangan serta komitmen yang padu kepada negara," kata Rina.
Pada masa sama, beliau berkata kementerian itu amat mengambil berat mengenai kesihatan dan kesejahteraan penghuni di 70 institusi yang terdiri daripada 38 institusi bagi kanak-kanak, 12 bagi warga emas,10 bagi orang kurang upaya, lima bagi orang papa dan lima bagi mangsa pemerdagangan orang.
Justeru, katanya, KWK telah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan membekalkan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut di semua institusi terbabit selain memberikan khidmat nasihat berkaitan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 14 2020
RINA: JKM juga akan menyelaras sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan individu mengikut keperluan.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.