KUALA LUMPUR: Seramai 19,753,742 individu atau 84.4 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan portal COVIDNow hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 93.9 peratus atau 21,968,698 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 19,784,628 individu atau 60.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala 70.5 peratus atau 23,007,292 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 30,886 atau 1.0 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak pertambahan 323,335 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 42,699,197 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung Pandemik COVID-19 di seluruh negara.