COVID-19: Lapan kematian baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham

Astro Awani
April 18, 2021 11:10 MYT
Terdapat lapan kes kematian pada hari melibatkan masing-masing dua kes di Selangor dan Kelantan, serta satu kes di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Ahad, melibatkan tiga kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan kluster sekolah serta institusi pendidikan.
Berikut lima tumpuan kenyataan media beliau:
1. Sebanyak 2,195 kes baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan kini 375,054 kes.
2. Lapan kes kematian baharu, jumlah keseluruhan kini 1,378 kes.
3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 19,854 kes.
4. Seramai 219 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 90 orang memerlukan bantuan pernafasan.
5. Lima kluster baharu direkodkan pada Ahad.
#COVID-19 #kes positif #kes baharu #Kes sembuh #kes aktif #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM