COVID-19: Lapan lagi kematian, ini tumpuan kenyataan media KKM hari ini

Astro Awani
Januari 5, 2021 11:01 MYT
Ini lima tumpuan dalam kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia.
LAPAN kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini selain 11 lagi kluster baharu COVID-19 dikesan.
Ini lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia:
1. Sebanyak 2,027 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes.
2. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 509 kes.
3. Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,221 kes.
4. Lapan lagi kes kematian COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 509 kes.
5. 11 lagi kluster baharu dikenal pasti.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kementerian Kesihatan #Malaysia #COVID-19 #listicle