COVID-19: Lapan lagi positif di Sarawak

Nazim Chee
Mac 28, 2020 10:28 MYT
Kes baharu positif COVID-19 di Sarawak hari ini catat penurunan berbanding semalam. - Foto Astro AWANI
Lapan lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 118 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020 yang lalu.
Tujuh kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak sementara satu lagi di Hospital Sibu.
Daripada 8 kes positif berkenaan lima adalah lelaki.
Sementara itu 94 kes baharu Individu Dalam Siasatan (PUI) dilaporkan menjadikan 1,077 kes keseluruhan.
Daripada jumlah berkenaan 898 kes disahkan negatif sementara 61 lagi kes masih menunggu keputusan makmal.
Pecahan kes mengikut bahagian menyaksikan Kuching mencatat kes tertinggi dengan 63 kes diikuti Samarahan (12) dan Miri (11).
Sejak kes kematian pertama dilaporkan pada 17 Mac lepas, Sarawak telah merekodkan lima kematian akibat COVID-19 setakat ini.
#COVID-19 #Hospital #koronavirus #Kuching #lelaki #Miri #positif #PUI #Samarahan #Sarawak #siasatan