COVID-19: Lebih 2.73 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

Bernama
Disember 22, 2021 01:29 MYT
Sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 2,738,450 individu atau 87 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 2,835,938 individu atau 90.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, sejumlah 97.5 peratus atau 22,823,150 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,126,700 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,207,871 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,879,326.
-- BERNAMA
#vaksin lengkap #populasi dewasa #populasi remaja #suntikan vaksin