COVID-19: Lebih 30,000 kes aktif, ini tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Mei 2, 2021 10:42 MYT
Kali terakhir kes aktif melebihi 30,000 ialah Februari lalu, menurut kenyataan KKM. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kes aktif COVID-19 ketika ini mencecah angka 30,339, dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 345.
Kali terakhir kes aktif melebihi 30,000 ialah Februari lalu.
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM), pada Ahad.
1. Sebanyak 3,418 kes baharu COVID-19 direkodkan menjadikan kes kumulatif setakat ini kepada 415,012.
2. Selangor kekal tertinggi dengan 1,200 kes, diikuti Sarawak (587), Kelantan (400) dan Kuala Lumpur (198).
3. Sebanyak 175 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
4. 12 kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,533.
5. Sebanyak 2,698 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 383,140.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #unit rawatan rapi #kesihatan #kes baharu #kes aktif