COVID-19: Lebih 31,000 kes baharu dilaporkan, 305 di ICU

Astro Awani
Februari 24, 2022 02:41 MYT
31,199 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 23 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,305,157 setakat ini, kata Dr Noor Hisham hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31,199 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 23 Februari, angka tertinggi pernah direkodkan setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif 3,305,157 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 31,080 jangkitan membabitkan kes tempatan dan 119 kes import.
Sebanyak 31,005 kes atau bersamaan 99.38 peratus adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
Sementara itu,194 kes atau 0.62 peratus merupakan dalam kategori 3, 4 dan 5.
Daripada jumlah itu, 92 kes (47.42%) berumur 60 tahun dan ke atas, 91 kes (46.91%) mempunyai komorbid, 3 kes (1.55%) ibu mengandung, 45 kes (23.20%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 108 kes (55.67%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 41 kes (21.13%) telah menerima dos penggalak.
[TERKINI] 31,199 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan
Sebanyak 305 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 191 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 20,399 kes.
Semalam, 14 lagi kluster baharu direkodkan, dengan 500 kluster masih aktif.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #kes baharu