COVID-19: Lebih 7,000 jangkitan baharu hari ini, kes kumulatif hampiri 800,000

Astro Awani
Julai 7, 2021 06:59 MYT
Selangor menjadi penyumbang utama kepada 7,097 kes baharu hari ini dengan merekodkan 3,119 kes. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan kes baharu harian melebihi 7,000 dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan jumlah keseluruhan dalam negara kini mencecah 799,790 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada 7,097 jangkitan baharu hari ini dengan merekodkan 3,119 kes.
Sementara Kuala Lumpur merekodkan 1,005 kes, diikuti Negeri Sembilan (788) dan Melaka (358).
Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 91 kes kematian dengan kumulatif kematian kini adalah 5,768 kes.
Selain itu, jumlah individu sembuh pula adalah 4,863, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sembuh ketika ini adalah 719,678 kes.
Jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah 948 kes dengan individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 441 kes.
Berikut perincian kes baharu setiap negeri:
Selangor - 3,119 (268,841)
Kuala Lumpur - 1,005 (83,909)
Negeri Sembilan - 788 (49,417)
Melaka - 358 (20,357)
Sarawak - 289 (67,560)
Pahang - 258 (15,235)
Sabah - 244 (71,189)
Johor - 224 (73,386)
Kedah - 198 (27,061)
Perak - 187 (27,974)
Pulau Pinang - 140 (35,817)
Kelantan - 123 (35,616)
Labuan - 93 (8,858)
Terengganu - 43 (11,521)
Putrajaya - 26 (2,448)
Perlis - 2 (601)

Sehingga 7 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,097 kes (799,790 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 3,119 (268,841) WPKL - 1,005 (83,909) Johor - 224 (73,386) Sabah - 244 (71,189) Sarawak - 289 (67,560) Negeri Sembilan - 788 (49,417) pic.twitter.com/L8UcxAVWRq

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kes harian #kes baharu #jangkitan tinggi #jangkitan Astro AWANI