ALOR SETAR: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Alor Setar dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Yan, ditutup selama dua hari bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

LHDNM menerusi kenyataan memaklumkan dalam tempoh penutupan sementara itu, pelanggan disyorkan untuk membuat urusan secara dalam talian atau boleh hadir ke pejabat LHDN lain yang berhampiran.

"Pelanggan boleh menjalankan urusan di pejabat alternatif di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di Jalan Kolam Air, Alor Setar dan PKH Kubang Pasu di Jalan Changlun, Jitra.

"Pelanggan juga boleh menyemak senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara di http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan kepada LHDNM melalui 'Hasil Care Line' di talian 03-89111000, 'Hasil Live Chat' dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.

-- BERNAMA