Semua majikan dan pekerja diingatkan supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 serta mengambil langkah-langkah kawalan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.
Menurut Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan di sini hari ini, majikan perlu menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi memastikan pendedahan risiko kepada virus itu dapat dikurangkan.
Kenyataan itu turut menggariskan majikan perlu mengenal pasti pekerja yang telah melawat negara yang terkesan dengan virus COVID-19 dengan membuat pemantauan kesihatan terhadap pekerja yang terbabit terutama jika mereka mempunyai gejala seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas untuk mendapatkan rawatan segera.
"Pihak majikan hendaklah mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan ke atas pekerjanya oleh pengamal perubatan berdaftar atau pihak berkuasa berkenaan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, majikan dan pekerja yang ingin melawat negara yang terkesan dengan virus berkenaan atas urusan rasmi atau peribadi dinasihat agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 14 lagi kes
BACA: COVID-19: Tidak perlu sampai tutup pejabat - Dr Noor Hisham
Semua majikan juga perlu menyediakan alat pelindung diri yang bersesuaian kepada pekerja berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan.
Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan sehingga 12 tengah hari Rabu (4 Mac), terdapat 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50 kes.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, berdasarkan Seksyen 15 (1) AKKP 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
"...jika didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," jelas kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri melalui telefon atau e-mel dengan merujuk kepada laman web jabatan www.dosh.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
Pengawal Keselamatan kelihatan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan jangkitan COVID-19 ketika tinjauan di Wisma Felcra. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pekerja enggan divaksin boleh dikenakan tindakan - Saravanan
Pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.
COVID-19: Majikan diingat patuhi akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Semua majikan dan pekerja diingatkan supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 serta mengambil langkah-langkah kawalan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.