COVID-19: Malaysia catat kematian tertinggi, namun majoriti kes baharu tidak bergejala - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Julai 21, 2021 10:38 MYT
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini ialah 951,884. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia menurun sedikit apabila merekodkan 11,985 kes positif sepanjang 24 jam lalu berbanding 12,000 kes pada semalam.
Menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu, jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini ialah 951,884.
Katanya, kematian baharu pula adalah 199 kes sekali gus menjadi angka tertinggi setakat ini, namun perkembangan positif adalah majoriti kes baharu hari ini adalah pesakit tidak bergejala.
Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 5,550 jangkitan.
Jangkitan baharu di negeri-negeri lain pula ialah Kuala Lumpur dengan 1,174 kes, Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Sabah (657) dan Johor (644).

Sehingga 21 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,985 kes (951,884 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 5,550 (337,897) WPKL - 1,174 (101,926) Johor - 644 (80,991) Sabah - 474 (76,927) Sarawak - 261 (72,213) Negeri Sembilan - 745 (64,084) pic.twitter.com/8G6NI6pcPE

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 362 (40,118) Kelantan - 386 (38,293) Kedah - 800 (34,756) Perak - 274 (32,142) Melaka - 453 (26,288) Pahang - 603 (19,839) Terengganu - 171 (13,158) WP Labuan - 35 (9,503) WP Putrajaya - 51 (3,117) Perlis - 2 (632)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada keseluruhan 11,985 kes, 65 kes atau 0.5 peratus berada pada kategori 5 iaitu kritikal dan menggunakan ventilator.
Sementara kategori 4 (perlu oksigen): 45 kes (0.4%), kategori 3 (radang paru-paru): 178 kes (1.5%), kategori 2 (gejala ringan): 5,847 kes (48.7%) dan kategori 1 (tiada gejala): 5,850 kes (48.9%).

11,985 kes baru pd hari ini (21 Julai 2021): Kategori 5 (kritikal gunakan ventilator): 65 kes (0.5%) Kategori 4 (perlu oksigen): 45 kes (0.4%) Kategori 3 (radang paru-paru): 178 kes (1.5%) Kategori 2 (gejala ringan): 5,847 kes (48.7%) Kategori 1 (tiada gejala): 5,850 kes (48.9%) pic.twitter.com/iZfdQtBBFT

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kes sembuh pada Rabu pula adalah 7,902 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 806,857 kes.
Katanya, seramai 927 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 137,587.

Status Terkini #COVID19, 21 Julai 2021 Kes sembuh= 7,902 Jumlah kes sembuh= 806,857 Kes baharu positif= 11,985 (7 import) Jumlah positif= 951,884 Kes kematian= 199 Jumlah kes kematian= 7,440 Kes dirawat di ICU= 927 Bantuan alat pernafasan= 459 pic.twitter.com/HOd4vuIYMG

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #jumlah kematian #kluster #Sembuh #ICU #Selangor #jangkitan #Dr Noor Hisham Abdullah #Noor Hisham Abdullah #Putrajaya #Kuala Lumpur #kes positif