COVID-19: Malaysia perhebat hubungan ekonomi dengan AS

Fauzi Suhaimi
April 30, 2020 03:53 MYT
Mohamed Azmin berkata, usaha itu bagi berdepan cabaran lebih besar selepas pandemik COVID-19 selain terus maju dalam pertumbuhan ekonomi. - Gambar BERNAMA
Malaysia komited untuk memperhebatkan hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) menerusi perdagangan dan pelaburan dua hala pada masa hadapan.
Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha itu bagi berdepan cabaran lebih besar selepas pandemik COVID-19 selain terus maju dalam pertumbuhan dan pengembangan ekonomi.
"(Saya) Bercakap dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir pagi ini dan telah berbincang bagaimana (usaha) kedua-dua negara untuk menangani wabak COVID-19 serta kesan terhadap ekonomi yang tidak menentu.

Spoke to Her Excellency Kamala Shirin Lakhdir, US Ambassador to Malaysia this morning and discussed how both our countries are dealing with the COVID-19 pandemic as well as the unintended economic consequences.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) April 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mengenai perdagangan dan pelaburan dua hala pada masa hadapan, kami bersetuju bahawa walaupun ada cabaran yang lebih besar selepas pandemik, kedua-dua negara akan mengukuhkan hubungan ekonomi yang kuat sejak beberapa dekad lalu untuk terus maju," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Khamis.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, perkongsian pandangan turut dibuat berhubung isu kesihatan yang menjadi aspek penting bagi kedua-dua negara.
"Beliau (Kamala Shirin) turut menyatakan penghargaan kepada MITI untuk terus bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Malaysia Amerika (Amcham Malaysia) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Usaha terbaik telah diambil untuk meminimumkan gangguan pada industri sambil memastikan pematuhan ketat terhadap protokol kesihatan tetap diutamakan," ujarnya.
#Amerika Syarikat #AS #Azmin Ali #COVID-19 #ekonomi #kesihatan #koronavirus #Malaysia #menteri #MITI #pelaburan