COVID-19: Malaysia rekod 4,774 kes baharu, 8 kematian

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 31, 2022 07:50 MYT
Jumlah kematian yang dicatatkan setakat semalam pula adalah lapan kes menjadikan jumlah terkini kumulatif kematian di negara ini akibat COVID-19 adalah 31,965 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 4,774 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin yang menyaksikan sedikit penurunan dari semalam sebanyak 4,915 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu,
jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,870,758 kes.
Sementara jumlah kematian yang dicatatkan setakat semalam pula adalah lapan kes menjadikan jumlah terkini kumulatif korban di negara ini akibat COVID-19 adalah 31,965 kematian.
Dalam perkembangan sama, kes membabitkan Brought in Dead pula adalah satu kes dengan jumlah kesuluruhan kes tersebut adalah 6,442.

Pada 31 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,774 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,870,758 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan sejumlah 3,232 kes sembuh pada Isnin dengan jumlah kumulatif kes sembuh keseluruhan adalah 2,784,003.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 114 kes dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kluster baharu yang direkodkan pula ialah 14 kluster dengan jumlah kluster aktif ketika ini ialah sebanyak 314.
Daripada 4,774 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 4,738 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala 36 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #jumlah kematian #kluster