COVID-19: Malaysia rekod kes positif, kematian tertinggi dalam sehari

Astro Awani
Ogos 26, 2021 08:01 MYT
Ini juga merupakan jumlah kes harian tertinggi yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara merekodkan kes kematian tertinggi pada Khamis selepas 393 lagi nyawa disahkan terkorban akibat COVID-19 dan ini membawa jumlah korban meningkat naik 15,211.
Menurut Kementerian Kesihatan, kes positif hari ini turut menjadi angka tertinggi dengan pertambahan 24,599.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara ini adalah sebanyak 1,640,843 kes.
Selangor kekal penyumbang tertinggi iaitu 6,936 kes diikuti Sabah, 3,487 kes; Johor 2,785, Pulau Pinang 2,078 kes dan Sarawak, 2,024 kes.

Status terkini COVID-19 setakat 26 Ogos 2021 Jumlah kes sembuh baru: 22,657 kes Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,359,791 kes (82.87%) Jumlah kes baharu COVID-19: 24,599 kes Jumlah kumulatif: 1,640,843 kes Jumlah kes aktif: 265,841 kes pic.twitter.com/NOXLRXupE3

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, sejumlah 22,657 lagi kes sembuh disahkan, menjadikan angka pesakit pulih kini adalah seramai 1,359,791 individu.
Jumlah kes aktif kini meningkat kepada 265,841 dengan seramai 990 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 487 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sumber Facebook DGHisham
#COVID-19 #kes harian #Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #Sabah #Sarawak