Malaysia menghantar pelbagai peralatan perubatan ke Palestin melalui Jordan menggunakan penerbangan khas pesawat Air Asia.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bantuan yang diterbangkan semalam itu diberi susulan perbincangan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
“Peralatan ini termasuklah 1 juta unit topeng muka; 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.
Moga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi COVID-19. InsyaAllah,” katanya dalam muat naik status di laman Facebook miliknya hari ini.
Sementara itu, Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM) yang mewakili rakyat Palestin merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan yang diberikan.
“Mewakili rakyat Palestin, kami di PCOM ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas usaha murni itu dan soladariti berterusan kepada Palestin setiap masa.
“Kami juga mengambil peluang ini memuji usaha keras kerajaan Malaysia dan pasukan perubatannya, tentera dan polis yang sedaya upata membendung wabak koronavirus merebak di Malaysia,” memetik kenyataan balas itu.
Dalam pada itu, sejumlah 20 rakyat Malaysia di Jordan dan 345 di Goa, India termasuk pelajar di USM Belgaum (Bangalore) dan MSU-IMS akan dibawa pulang menggunakan pesawat sama yang menghantar peralatan perubatan kepada Palestin.
Pesawat itu akan mengambil rakyat Malaysia di Jordan kemudian ke Goa sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 11 2020
Peralatan ini termasuklah 1 juta unit topeng muka; 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka. - Foto Facebook Hishammuddin Hussein
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Selamatkan Palestin: Kerajaan negara Islam harus berani bangkit bertindak - Anwar
Anwar berkata, situasi ketika ini menunjukkan bahawa usaha menyelamatkan Palestin tidak boleh diharapkan kepada badan dunia lantaran kelemahan negara Islam itu sendiri.
COVID-19: Malaysia sumbang bantuan perubatan kepada Palestin
Bantuan itu diberi susulan perbincangan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.