COVID-19: Masjid, surau di Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah

Bernama
Oktober 8, 2020 11:22 MYT
Bacaan Qunut Nazilah itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar penduduk Wilayah Persekutuan dan Malaysia dihindari daripada wabak COVID-19. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat, esok.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata bacaan Qunut Nazilah itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar penduduk Wilayah Persekutuan dan Malaysia dihindari daripada wabak COVID-19.
"Para imam juga digalakkan berqunut nazilah ketika solat subuh setiap hari di masjid dan surau masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#qunut nazilah #Solat Jumaat #masjid #surau #Wilayah Persekutuan #COVID-19 #Mohd Ajib Ismail #doa qunut #solat subuh