COVID-19: Melaka catat kadar kebolehjangkitan tertinggi - Dr Noor Hisham

Bernama
Februari 14, 2021 02:31 MYT
Infografik dikongsikan Dr Noor Hisham juga menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/vDoLX4DxA4

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).
Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan.
-- BERNAMA
#Noor Hisham Abdullah #Rt tertinggi #kadar kebolehjangkitan #kes harian #pandemik #COVID-19 #kes positif