Semua kakitangan di Menara Sarawak Energy di sini diarahkan untuk tidak turun ke pejabat, dan bekerja dari rumah susulan seorang daripada pegawainya diuji positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, penutupan sementara pejabat tersebut bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan.

“Kakitangan kami telah disahkan positif pada Ahad dan kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan Media Sarawak Energy mengenai penutupan ibu pejabat syarikat itu di Kuching susulan COVID-19

Difahamkan kakitangan tersebut adalah bertugas di Bahagian Perolehan syarikat utiliti berkenaan.

Menara Sarawak Energy menempatkan lebih 1,600 kakitangan pada satu-satu masa.

Kenyataan media berhubung penutupan sementara Maybank Cawangan Sibu selepas dikunjungi pelanggan yang positif COVID-19

Sementara itu, Maybank Cawangan Sibu turut mengumumkan penutupan premis tersebut selama dua hari bermula hari ini, juga untuk proses pembersihan dan sanitasi.

Ia susulan premis tersebut telah dikunjungi salah seorang pelanggan yang kemudian disahkan positif COVID-19.