KUALA LUMPUR :Dalam usaha mengelakkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan yang menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, mereka yang terlibat diingatkan untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).
Pensyarah Jabatan Perubatan Keluarga UKM, Prof Dr Noor Azah Abd Aziz, menekankan tiga aspek utama dalam usaha tersebut termasuk mendapat informasi, kesiapsiagaan dan proses komunikasi dari segi penyelarasan perjalanan aktiviti agihan bantuan.
Pada masa sama, Noor Azah turut menasihatkan agar NGO dan agensi yang terlibat mengehadkan jumlah individu ke kawasan banjir untuk berinteraksi secara langsung dengan mangsa-mangsa yang terjejas.
"Ada yang mencadangkan supaya penilaian risiko dijalankan oleh NGO, pada saya ada dua perkara utama yang perlu diberi perhatian dan pertama adalah mengehadkan NGO atau wakil utk berinteraksi dengan mangsa banjir.
"Ini kerana kedua-dua pihak dalam keadaan imuniti rendah, apa segala jangkitan adalah tinggi.
"Kedua dalah penilaian risiko yang boleh dijalankan dalam dua cara, iaitu menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan (checklist) dan penilaian riwayat pesakit contohnya sejarah perjalanan dan sejarah kontak rapat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, Noor Azah menjelaskan ujian swab boleh dilakukan buat mereka yang ingin ke lapangan bagi menghulurkan bantuan bagi memudahkan proses pengagihan.
"Ujian swab adalah satu cadangan yang baik sebab apabila kita tahu dengan pasti NGO atau wakil adalah negatif ia menyenangkan proses pengagihan berlaku.
"Tetapi yang penting pada saya SOP diamalkan dengan tepat ini termasuk mematuhi penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan sering menjaga kesihatan," jelasnya.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan agar NGO dan agensi terlibat berhubung dengan Pusat Pengurusan Bencana Banjir Daerah jika mahu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bagi melancarkan proses saluran bantuan.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Jan 06 2021
Noor Azah menjelaskan ujian swab boleh dilakukan buat mereka yang ingin ke lapangan bagi menghulurkan bantuan bagi memudahkan proses pengagihan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."
Malaysia kongsi kemajuan DRR pada APMCDRR di Manila - Ahmad Zahid
Malaysia telah berkongsi kemajuan dalam DRR dengan mengetengahkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 pada APMCDRR di Manila, Filipina.
Malaysia disaran anjur persidangan untuk satukan pemimpin belia Islam perjuangkan isu Palestin
Persidangan itu mampu menjadi satu bentuk kerjasama penting, di samping memupuk kewujudan satu barisan hadapan bersepadu.
MAIM komited bantu golongan mualaf
Kerajaan negeri menerusi MAIM bersama pelbagai NGO Muslim sentiasa komited menjaga kebajikan golongan mualaf bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sewajarnya.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Eksploitasi kanak-kanak: PDRM pantau Global Ikhwan, terima 4 laporan polis di Selangor
Sebuah pertubuhan yang disiasat polis berhubung dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak antara lapan kumpulan yang dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KPWKM tumpu pengukuhan nilai keluarga dan masyarakat pada 2025 menerusi lima inisiatif utama
KPWKM memberi tumpuan utama untuk menerajui pengukuhan nilai-nilai keluarga dan masyarakat melalui lima inisiatif utama pada 2025.