KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.08, dengan Pahang mencatat Rt tertinggi pada 1.27.

Ia merupakan peningkatan untuk dua hari berturut-turut berbanding 1.06 pada Isnin dan 1.05 pada Ahad.

Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.25. 

Ia diikuti Kedah (1.20), Perak (1.18), Selangor (1.16), Melaka (1.16) dan Negeri Sembilan (1.14).

Negeri dan wilayah lain yang turut mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi melebihi 1.0 adalah Johor, Labuan, Putrajaya, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Manakala Sarawak, Kelantan dan Sabah merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Perlis pula satu-satunya negeri yang mencatatkan dua kes baharu COVID-19.


 
Setakat ini, kadar Rt terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.