COVID-19: Nilai Rt turun ke 0.95, Sarawak kekal tertinggi

Astro Awani
September 17, 2021 23:55 MYT
Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok, mencatatkan 10 kes baharu COVID-19.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di Malaysia kembali mencatat penurunan.
Pada Jumaat, nilai itu kembali susut kepada 0.95, berbanding 0.98 pada hari sebelumnya.
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak kekal merekodkan kadar tertinggi dengan 1.11, diikuti Terengganu (1.05), Perak (1.04), Pahang (1.04), Johor (1.01), Pulau Pinang (1.00), Perlis (0.98) dan Kelantan (0.97).
Sementara itu, Sabah (0.92), Melaka (0.91), Kedah (0.90), Putrajaya (0.87), Negeri Sembilan (0.87), Selangor (0.84) dan Kuala Lumpur (0.81) mencatat Rt di bawah purata kebangsaan.
Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok, mencatatkan 10 kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
COVID-19 | Nilai RT/RO: Turun ke 0.95, Sarawak kekal tertinggi
#imuniti kelompok #kadar kebolehjangkitan #COVID-19 #R-Naught