KOTA KINABALU: Pasar-pasar serta tamu di daerah Keningau tidak dibenarkan beroperasi untuk sementara waktu bermula 21 Mac, susulan peningkatan drastik dalam jumlah kes positif COVID-19 di daerah tersebut.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata daerah Keningau mencatatkan pertambahan tertinggi dengan 71 kes, diikuti Tawau (10 kes) dan Kota Kinabalu (5 kes).
"Berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di daerah Keningau, kerajaan negeri memutuskan pasar siang, pasar malam dan tamu-tamu di seluruh daerah Keningau tidak dibenarkan beroperasi berkuat kuasa pada 21 Mac 2021 (Ahad)," katanya.
Masidi menerusi kenyataan di laman Twitternya berkata, daripada 71 kes yang dicatatkan daerah Keningau, 42 daripadanya dikesan di Kampung Lingkudau.
Penduduk di kampung tersebut diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 28 Mac depan.
Sabah pada hari ini kembali mencatatkan pertambahan kes tiga angka, dengan 102 kes.
"Satu kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
"Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital ialah 41 menjadikan jumlah kumulatif 53,313 orang," katanya.
Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 di negeri ini berkata sebanyak 1,440 orang telah menerima suntikan vaksin harian dos 1, menjadikan jumlah kumulatif penerima vaksin di negeri ini seramai 40,799 orang.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Mar 20 2021
Datuk Masidi Manjun berkata daerah Keningau mencatatkan pertambahan tertinggi dengan 71 kes. - Gambar fail/BERNAMA
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
43 terbunuh dalam serangan udara di pasar Sudan
55 orang turut cedera dalam serangan yang menyasarkan pasar terbuka di kejiranan Mayo di Khartoum Selatan.
Ngabuburit, takjil dan jajanan pasar meriahkan Ramadan di Yogyakarta
Suasana menjelang waktu berbuka puasa di jalanan Yogyakarta bukan saja membuka selera, malah membuka peluang untuk mendalami budaya tempatan.
Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.
Banjir Kelantan: Operasi perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang tutup sepenuhnya
Operasi perniagaan di zon bebas cukai Rantau Panjang ditutup sepenuhnya, berikutan keseluruhan pekan itu dinaiki air sedalam 0.3 sehingga 0.5 meter.
Isteri pukul suami kerana beli-belah bersama kekasih
Kejadian berlaku selepas wanita itu berjaya mengesan suaminya dan menyerbu kedai tersebut bersama dua lagi wanita lain.
10 leka main judi ditahan dalam pasar
Siasatan mendapati kesemua suspek telah bermain judi belangkas di pasar tersebut bermula sejak Hari Raya Aidilfitri.
14 warga Vietnam berjaya dipindahkan dari kawasan konflik di Ukraine
Kebanyakan mereka adalah peniaga kecil di pasar tempatan yang ditutup akibat krisis Ukraine-Rusia.
Lagi kajian terbaharu temui bukti COVID-19 berasal dari pasar di Wuhan
Michael Worobey yang merupakan pengarang bersama kajian itu mendapati bahawa kes pada bulan Disember tertumpu kepada Pasar Huanan.
LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir
Inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir.
Harga ayam di Kelantan semakin murah
Peniaga memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP apabila menyahut seruan menjual harga barangan asas dengan harga lebih rendah.