Proses sanitasi atau nyah kuman yang dilaksanakan di rumah boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kediaman masing-masing berpandukan kepada garis panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah berkata demikian sebagai memberi respons kepada pertanyaan wartawan berhubung individu dari kluster Itali yang dikehendaki melakukan sendiri sanitasi di rumahnya.

"Sekarang ini di tempat-tempat awam memang kerajaan tempatan atau majlis daerah akan melaksanakan sanitasi tersebut, tetapi di rumah ialah tuan rumah masing-masing kena buat sanitasi.

"Garis panduan itu ada di Kementerian Kesihatan bahan kimia apa yang perlu digunakan dan juga tempat-tempat yang selalu disentuh contohnya, tempat yang common places.

"Jadi, kita galakkan dibersihkan menggunakan (kaedah) disseminate.... ia boleh dilaksanakan oleh tuan rumah masing-masing," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Setakat ini, sebanyak 50 kes positif COVID-19 dikesan membabitkan kluster Itali dengan 34 jumlah kes aktif dan lima kematian.