Jabatan Kesihatan Kelantan mengingatkan penduduk agar tidak leka sebaliknya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjagaan kesihatan diri meskipun negeri itu tidak mencatatkan sebarang kes positif baharu COVID-19 sejak 10 hari lalu.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penduduk tidak sepatutnya mengambil mudah arahan PKP seperti tidak mengamalkan penjarakan sosial serta memakai penutup hidung dan mulut apabila keluar rumah kerana jangkitan wabak COVID-19 masih boleh berlaku.
"Jika diisytiharkan zon hijau sekali pun, jangan abaikan jarakan sosial serta kebersihan diri yang lain kerana kebolehjangkitan semula COVID-19 masih boleh berlaku. Jangan ambil mudah perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima 15 unit peralatan perlindungan diri (PPE) dan 50 pasang kasut untuk diserahkan kepada petugas barisan hadapan kesihatan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai sikap masyarakat negeri itu yang mula mengambil mudah perkara tersebut terutama di pasar awam seolah-olah situasi wabak COVID-19 sudah pulih.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata Kelantan belum lagi diisytiharkan sebagai zon hijau oleh Kementerian Kesihatan walaupun situasi semakin baik.
"Ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi sebelum kementerian mengisytiharkan sesuatu tempat itu sebagai zon hijau dan ini yang perlu diperjelaskan kepada rakyat," katanya.
Beliau juga berkata masih terdapat lima pesakit yang dijangkiti wabak itu di beberapa hospital di Kelantan dan keadaan mereka dilaporkan semakin baik.
Dr Zaini berkata mereka kini ditempatkan di wad biasa dan perlu menjalani beberapa ujian lagi sebelum disahkan sembuh sepenuhnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh barisan hadapan termasuk pihak yang membantu menyediakan PPE serta sumbangan lain dan ini membuktikan bahawa semua pihak bersatu padu memerangi wabak tersebut.
Kelantan sebelum ini mencatatkan 155 kes positif COVID-19 dengan tiga kematian. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020
Dr Zaini berkata Kelantan belum lagi diisytiharkan sebagai zon hijau oleh Kementerian Kesihatan walaupun situasi semakin baik. Gambar fail.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.